Yayasan S P Setia ceriakan pelajar, keluarga B40 menjelang Syawal

SHAH ALAM - Yayasan S P Setia mengedarkan baucar barangan keperluan sekolah dan bakul makanan kepada pelajar daripada keluarga B40 sebagai salah satu persiapan menjelang Syawal.

Naib Presiden Eksekutif S P Setia, Datuk Yuslina Mohd Yunus berkata, baucar barangan keperluan sekolah bernilai RM200 termasuk dua set pakaian sekolah dan sebuah beg sekolah diberikan kepada lebih 960 pelajar dari enam buah sekolah di Selangor kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Yuslina
Yuslina
Menurutnya, antara sekolah yang mendapat manfaat tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, Klang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Hulu Langat.

Selain itu, sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda; Seksyen 25, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2, Sekolah Kebangsaan Padang Jawa and Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, di sini turut menerima bantuan tersebut seleas terjejas teruk ketika banjir pada Disember lalu.

"Yayasan S P Setia sentiasa komited untuk membantu pelajar dan keluarga B40. Dengan Aidilfitri yang hampir menjelang, kami harap bantuan yang diberi bukan sahaja boleh meringankan beban, malah mampu menyinari hati mereka dalam musim perayaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yayasan SP Setia menyerahkan baucar pakaian sekolah dan beg untuk pelajar kepada JPNS.
Yayasan S P Setia menyerahkan baucar pakaian sekolah dan beg untuk pelajar kepada JPNS.

Dalam pada itu, Yuslina berkata, pihak Yayasan SP Setia turut menagihkan sebanyak 240 bakul makan di lapan buah sekolah di Selangor, Pulau Pinang dan Johor sempena bulan Ramadan yang terlibat dalam Program Setia Sekolah Penyayang (SCSP).

Ujarnya, sebanyak RM32,400 diperuntukan untuk bakul makanan tersebut yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, mi kuning, oat, gula, biskut, minuman 3 dalam 1, dan makanan dalam tin untuk membantu keluarga yang memerlukan menghadapi saat sukar ketika musim perayaan.
 

Related News

Looking for more news like this? Check out the articles below for more information and updates.

S P Setia Foundation hosts educational outing for 90 primary school kids

Dato Zuraidah Atan Appointed New Chairman Of S P Setia Foundation

S P Setia appoints Annuar Marzuki as new CFO

S P Setia likely to see stronger 4Q results